Aku mencuba menjadi seneutral yang mungkin,seoptimis yang semaksima yang ada namun sebagai seorang perempuan yang baru kehilangan yang seseorang yang rapat denganku selama bertahun-tahun ianya agak susah.
Aku cuba berlakon menjadi tabah,tersenyum dan bergelak ketawa bersama semua orang tiap kali hati terdetik aku melarikan diri dengan harapan semuanya akan berlalu namun ternyata aku silap,aku mula memberontak dengan caraku sendiri.Aku mudah terbuai dengan perasaan dengan sesiapa yang baik denganku(BODOH)dan berkali-kali aku terluka.Serik?? Mungkin tapi ianya tetap terjadi.
Aku makin keliru dan beremosi lantas aku melarikan diri(lebih kepada mengasingkan diri sebenarnya)
Akhirnya ianya membawa ku disini meluah apa yang aku rasa kerna aku punya keegoan yang tidak mahu orang terdekat denganku tahu aku menderita. Sebolehnya aku tidak mahu dilihat lemah.Aku menafikan segalanya.
Ya Allah,maafkan aku kerna seolah-olah tidak menerima qada & qadar yang Kau atur untukku.Ya Allah,bimbinglah aku meneruskan perjalanan dan ujian yang Kau turunkan untukku.Ya Allah hanya padaMu aku bermohon.
Amin..